Malaysia legislation
Section 9
of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PENENTUAN HARGA PINDAHAN) 2012
Seksyen 9
(1)
Seseorang dalam transaksi terkawal hendaklah memakai kaedah mengikut kaedah 5 untuk menentukan harga pindahan selengan bagi perkhidmatan intrakumpulan dan dalam memakai apa-apa kaedah orang itu hendaklah—
(a)
menunjukkan bahawa perkhidmatan intrakumpulan telah diberikan dan peruntukan perkhidmatan itu telah memberi suatu manfaat ekonomi atau nilai komersial kepada perniagaan orang itu; dan
(b)
menunjukkan bahawa caj bagi perkhidmatan intrakumpulan itu berasas.
P.U. (A) 132 9
(2)
Apa-apa caj yang dibuat oleh seseorang dalam suatu transaksi terkawal berkenaan dengan perkhidmatan intrakumpulan tidaklah diambil kira jika ia melibatkan—
(a)
aktiviti pemegang saham atau penjagaan;
(b)
perkhidmatan duplikasi;
(c)
perkhidmatan yang menyediakan manfaat sampingan atau manfaat hubungan pasif; atau
(d)
perkhidmatan atas panggilan (on-call).
(3)
Bagi maksud kaedah ini
“perkhidmatan intrakumpulan”
ertinya perkhidmatan yang diberikan antara syarikat dalam kumpulan yang sama.
Perkiraan sumbangan kos