Skip to content

Seksyen 2

Pendapatan kena cukai

of Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Penentuan Pendapatan Kena Cukai Individu Berkenaan Dengan Keuntungan Perkongsian Liabiliti Terhad) 2026

P.U. (A)In forceProvision 2 of 2
Seksyen 2

(1)

Jika seorang individu, yang merupakan seorang pekongsi suatu perkongsian liabiliti terhad bermastautin di Malaysia mempunyai pendapatan yang terdiri daripada keuntungan yang diperoleh dari Malaysia yang dibayar, dikreditkan atau diagihkan, sama ada dalam bentuk tunai atau barangan, oleh perkongsian liabiliti terhad itu, yang melebihi satu ratus ribu ringgit dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, pendapatan kena cukai bagi individu itu berkenaan dengan keuntungan perkongsian liabiliti terhad yang tertakluk kepada cukai di bawah Bahagian XXIII Jadual 1 kepada Akta hendaklah ditentukan mengikut formula yang berikut:

P.U. (A) 278 3

iaitu

A ialah pendapatan berkanun berkenaan dengan keuntungan perkongsian liabiliti terhad dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu menurut seksyen 54C Akta;

B ialah pendapatan agregat dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu; dan

C ialah pendapatan kena cukai dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu yang tertakluk kepada cukai sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1 Bahagian I dan Bahagian XXIII Jadual 1 kepada Akta.

(2)

Jika seorang individu, yang merupakan seorang pekongsi suatu perkongsian liabiliti terhad tidak bermastautin di Malaysia mempunyai pendapatan yang terdiri daripada keuntungan yang diperoleh dari Malaysia yang dibayar, dikreditkan atau diagihkan, sama ada dalam bentuk tunai atau barangan, oleh perkongsian liabiliti terhad itu, yang melebihi satu ratus ribu ringgit dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, pendapatan kena cukai bagi individu itu berkenaan dengan keuntungan perkongsian liabiliti terhad yang tertakluk kepada cukai di bawah Bahagian XXIII Jadual 1 kepada Akta hendaklah ditentukan mengikut formula yang berikut:

iaitu

A ialah pendapatan berkanun berkenaan dengan keuntungan perkongsian liabiliti terhad dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu menurut seksyen 54C Akta;

B ialah pendapatan agregat dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu; dan

P.U. (A) 278 4

C ialah pendapatan kena cukai dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu yang tertakluk kepada cukai sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1A Bahagian I dan Bahagian XXIII Jadual 1 kepada

Akta.

(3)

Dalam hal taksiran bersama di bawah subseksyen 45(2) Akta, pendapatan agregat yang disebut dalam subkaedah (1) atau (2) hendaklah termasuk pendapatan daripada isteri atau suami, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(4)

Jika pendapatan kena cukai individu berkenaan dengan keuntungan perkongsian liabiliti terhad telah ditentukan di bawah subkaedah (1) atau (2), apa-apa lebihan pendapatan kena cukai bagi individu itu yang tertakluk kepada cukai hendaklah dikenakan cukai pendapatan bagi tahun taksiran itu pada kadar yang sepatutnya terpakai bagi pendapatan kena cukainya menurut:

(a)

perenggan 1 Bahagian I Jadual 1 kepada Akta berhubung dengan individu yang bermastautin di Malaysia; atau

(b)

perenggan 1A Bahagian I Jadual 1 kepada Akta berhubung dengan individu yang tidak bermastautin di Malaysia, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Dibuat 10 Julai 2026

[Perb. MOF.700-3/1/1433 ( S ); LHDN.AY.A 600-12/1/7 (29) – 477; PN(PU2)80/JLD.117]

DATUK SERI AMIR HAMZAH BIN AZIZAN

Menteri Kewangan II

[Akan dibentangkan di

Dewan

Rakyat menurut subseksyen 154(2)

Akta Cukai Pendapatan 1967]

P.U. (A) 278 5

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (DETERMINATION OF CHARGEABLE INCOME OF AN INDIVIDUAL

IN RESPECT OF LIMITED LIABILITY PARTNERSHIP’S PROFIT) RULES 2026