Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PENGELUARAN INVOIS ELEKTRONIK) (PINDAAN) 2025

Seksyen 2

Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Pengeluaran Invois Elektronik) 2024

[P.U. (A) 265/2024] dipinda dalam subkaedah 2(1)—

(a)

dalam perenggan (b), dengan memotong perkataan “atau” di hujung perenggan itu;

(b)

dalam perenggan (c)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “selain yang dinyatakan dalam perenggan (a) dan (b),” dengan perkataan “melebihi lima juta ringgit tetapi tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit,”; dan

(ii)

dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan koma bernoktah; dan 3

(c)

dengan memasukkan selepas perenggan (c) perenggan yang berikut:

“(d)

berhubung dengan jualan tahunan melebihi satu juta ringgit tetapi tidak melebihi lima juta ringgit, invois elektronik hendaklah dikeluarkan mulai 1 Januari 2026; atau

(e)

berhubung dengan jualan tahunan selain yang dinyatakan dalam perenggan (a), (b), (c) dan (d), invois elektronik hendaklah dikeluarkan mulai 1 Julai 2026.”.

Dibuat 24 Jun 2025

[MOF.TAX(S)700-1/3/109JLD.5; LHDN.AY.A 600-12/1/7 (29)-441; PN(PU2)80/JLD.114]

DATUK SERI AMIR HAMZAH AZIZAN

Menteri Kewangan II

[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 154(2) Akta Cukai Pendapatan 1967]

4

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (ISSUANCE OF ELECTRONIC INVOICE) (AMENDMENT) RULES 2025

Section 2 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PENGELUARAN INVOIS ELEKTRONIK) (PINDAAN) 2025