Malaysia legislation
Section 2
of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERKIRAAN HARGA AWAL) 2023
Seksyen 2
Pemakaian
(1)
Tertakluk kepada Kaedah-Kaedah ini, pembayar cukai yang menjalankan transaksi rentas sempadan boleh memohon kepada Ketua Pengarah untuk suatu perkiraan harga awal berhubung dengan suatu transaksi yang diliputi bagi terma dan syarat yang ditetapkan.
(2)
Permohonan yang dibuat kepada Ketua Pengarah di bawah subkaedah (1)
hendaklah tertakluk kepada yang berikut:
(a)
bagi pembayar cukai yang menjalankan transaksi rentas sempadan dengan orang yang berkaitan—
(i)
dari negara yang mempunyai perkiraan yang dibuat di bawah seksyen 132 Akta, hanya boleh memohon perkiraan harga awal dua hala atau perkiraan harga awal pelbagai hala; atau
(ii)
dari negara yang tidak mempunyai perkiraan yang dibuat di bawah seksyen 132 Akta, hanya boleh memohon perkiraan harga awal sehala; atau 4
(b)
bagi perkiraan yang dibuat di bawah seksyen 132 Akta, establismen tetap hanya boleh memohon perkiraan harga awal dua hala atau perkiraan harga awal pelbagai hala yang permohonan itu hendaklah dibuat oleh ibu pejabatnya bagi pihak establismen tetap kepada Ketua Pengarah.
(3)
Bagi maksud subkaedah (1), harga pindahan selengan berkenaan dengan perkiraan harga awal hendaklah ditentukan mengikut—
(a)
seksyen 140A Akta;
(b)
Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Harga Pindahan) 2023
[P.U. (A) 165/2023]; dan
(c)
perkiraan yang dibuat di bawah seksyen 132 Akta.
Tafsiran