Malaysia legislation
Section 3
of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERKIRAAN HARGA AWAL) 2023
Seksyen 3
Dalam Kaedah-Kaedah ini—
“establismen tetap” hendaklah mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam perkiraan yang dibuat di bawah seksyen 132 Akta;
“metodologi harga pindahan”
ertinya metodologi sebagaimana yang diperuntukkan dalam Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Harga Pindahan) 2023;
“pembayar cukai” ertinya orang yang boleh ditaksirkan dan dikenakan cukai di bawah Akta;
“perkiraan harga awal” ertinya suatu perkiraan yang dibuat untuk menentukan lebih awal suatu set kriteria yang sesuai untuk memastikan harga pindahan selengan bagi suatu transaksi yang diliputi;
5
“perkiraan harga awal dua hala” dan “perkiraan harga awal pelbagai hala”
ertinya perkiraan harga awal seperti yang ditentukan dalam perkiraan yang dibuat di bawah seksyen 132 Akta;
“perkiraan harga awal sehala” ertinya perkiraan harga awal seperti yang ditentukan mengikut perkiraan yang dibuat di bawah seksyen 138C Akta;
“Pihak Berkuasa Berwibawa” ertinya Pihak Berkuasa Berwibawa yang dirujuk dalam apa-apa perkiraan yang dibuat di bawah seksyen 132 Akta;
“tempoh yang diliputi” ertinya tempoh asas bagi suatu tahun taksiran yang diliputi di bawah perkiraan harga awal;
“transaksi yang diliputi” ertinya transaksi rentas sempadan yang diliputi dalam perkiraan harga awal.