Malaysia legislation

Section 4

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERKIRAAN HARGA AWAL) 2023

Seksyen 4

Permintaan untuk mengadakan mesyuarat prapemfailan

(1)

Pembayar cukai hendaklah membuat suatu permintaan secara bertulis kepada Ketua Pengarah untuk mengadakan suatu mesyuarat prapemfailan berkenaan dengan suatu perkiraan harga awal dua belas bulan sebelum hari pertama tempoh yang diliputi yang dicadangkan.

(2)

Bagi maksud subkaedah (1), pembayar cukai hendaklah mengemukakan bersama dengan permintaan itu, suatu draf rangka mengenai perkara itu kepada

Ketua Pengarah yang mengandungi butiran-butiran yang berikut:

(a)

dokumentasi harga pindahan semasa sebagaimana yang dinyatakan dalam

Kaedah-Kaedah

Cukai

Pendapatan

(Harga Pindahan) 2023;

(b)

nama, alamat dan rujukan fail cukai pembayar cukai dan orang lain yang terlibat dengan cadangan perkiraan harga awal sama ada di dalam Malaysia atau di luar Malaysia;

6

(c)

cadangan transaksi yang diliputi;

(d)

cadangan tempoh yang diliputi oleh perkiraan harga awal;

(e)

metodologi harga pindahan yang dicadangkan disertai dengan suatu penjelasan sama ada metodologi itu mematuhi prinsip selengan;

(f)

suatu perihalan tentang andaian kritikal yang metodologi harga pindahan dan analisis yang berhubungan dengan andaian kritikal akan beroperasi dan keadaan yang patut diambil kira semasa mempertimbangkan andaian tersebut;

(g)

penyata kewangan dan pengiraan cukai yang tersedia sekurang-kurangnya tiga tahun terakhir sebelum permohonan;

(h)

pernyataan bertulis sekiranya pendapatan yang berkait dengan transaksi yang diliputi adalah dikecualikan cukai oleh Pihak

Berkuasa Berwibawa yang lain;

(i)

nama, nombor telefon dan e-mel orang yang boleh dihubungi untuk syarikat itu; dan

(j)

apa-apa butiran lain sebagaimana yang ditentukan oleh

Ketua Pengarah.

(3)

Apabila menerima draf rangka mengenai perkara itu daripada pembayar cukai, Ketua Pengarah boleh menghendaki pembayar cukai untuk mengemukakan apa-apa maklumat lain yang berhubung dengan permintaan untuk mengadakan suatu mesyuarat prapemfailan.

7

(4)

Ketua Pengarah hendaklah memberitahu pembayar cukai dalam tempoh empat belas hari selepas mesyuarat prapemfailan itu tentang keputusannya sama ada pembayar cukai boleh meneruskan untuk mengemukakan suatu permohonan untuk perkiraan harga awal.

Pengemukaan permohonan untuk perkiraan

Section 4 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERKIRAAN HARGA AWAL) 2023