Malaysia legislation

Section 5

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERKIRAAN HARGA AWAL) 2023

Seksyen 5

(1)

Tertakluk kepada subkaedah 4(4), pembayar cukai boleh mengemukakan kepada Ketua Pengarah suatu permohonan untuk perkiraan harga awal sehala, perkiraan harga awal dua hala atau perkiraan harga awal pelbagai hala dalam borang di bawah subseksyen 138C(2) dan seksyen 152 Akta dalam tempoh enam bulan selepas penerimaan pemberitahuan itu.

(2)

Apabila permohonan diterima,

Ketua

Pengarah hendaklah mempertimbangkan permohonan itu dan boleh mencadangkan suatu metodologi alternatif, atau mengehadkan atau meluaskan skop perkiraan harga awal yang dicadangkan.

(3)

Bagi maksud subkaedah (1), suatu permohonan itu adalah dianggap telah ditarik balik oleh pembayar cukai jika permohonan itu tidak dimasukkan dalam tempoh enam bulan selepas penerimaan pemberitahuan keputusan oleh Ketua Pengarah di bawah subkaedah 4(4).

(4)

Tertakluk kepada subkaedah (3), jika pembayar cukai berniat untuk meneruskan permohonan itu, pembayar cukai harus memasukkan permintaan baharu bersama draf rangka yang dinyatakan di bawah subkaedah 4(2).

Hal keadaan jika perkiraan harga awal ditolak

Section 5 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERKIRAAN HARGA AWAL) 2023