Malaysia legislation
Section 6
of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERKIRAAN HARGA AWAL) 2023
Seksyen 6
(1)
Ketua Pengarah boleh menolak suatu permohonan untuk perkiraan harga awal di bawah apa-apa hal keadaan yang berikut:
(a)
kegagalan untuk mematuhi Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan
(Harga Pindahan) 2023;
8
(b)
jika transaksi yang diliputi yang dicadangkan adalah berdasarkan keadaan yang diandaikan atau tidak difikirkan secara serius;
(c)
jika ia kelihatan seperti suatu penggunaan sumber yang tidak efisien untuk meneruskan perkiraan harga awal jika transaksi yang dicadangkan adalah terhad dari segi jenis dan nilai, atau prinsip selengan ke atas transaksi yang dicadangkan itu boleh digunakan dengan pasti tanpa keraguan material;
(d)
jika perkara yang mengenainya perkiraan harga awal itu dipohon adalah tertakluk kepada suatu rayuan di bawah seksyen 99 Akta;
(e)
jika transaksi yang diliputi yang dicadangkan melibatkan suatu skim pengelakan cukai; atau
(f)
jika cadangan transaksi yang diliputi itu melibatkan penggunaan yang tidak sepatutnya atau salah guna penggunaan perkiraan yang dibuat di bawah seksyen 132 Akta untuk mendapatkan manfaat yang tidak sepatutnya.
(2)
Jika permohonan perkiraan harga awal itu ditolak, Ketua Pengarah hendaklah memberitahu pembayar cukai secara bertulis tentang keputusannya untuk menolak permohonan itu dan alasan permohonan itu ditolak.
(3)
Pembayar cukai boleh, dalam tempoh tiga puluh hari daripada penerimaan keputusan di bawah subkaedah (2), membuat suatu representasi kepada Ketua Pengarah untuk mengkaji semula permohonan pembayar cukai dan keputusan Ketua Pengarah ke atas representasi itu adalah muktamad.
Penarikan balik permohonan perkiraan harga awal