Malaysia legislation

Section 8

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERKIRAAN HARGA AWAL) 2023

Seksyen 8

Kuasa untuk meminta maklumat lanjut

(1)

Ketua Pengarah atau Pihak Berkuasa Berwibawa boleh, pada bila-bila masa, meminta pembayar cukai untuk mengemukakan maklumat lanjut dan dokumen yang difikirkan berkaitan oleh Ketua Pengarah atau Pihak Berkuasa Berwibawa dengan permohonan yang dikemukakan.

(2)

Sekiranya permintaan untuk maklumat lanjut dan dokumen pada mana-mana peringkat perkiraan harga awal tidak dipenuhi dalam tempoh tiga puluh hari, permohonan tersebut hendaklah dianggap sebagai telah ditarik balik oleh pembayar cukai dan sekiranya pembayar cukai berniat untuk meneruskan permohonan itu, pembayar cukai haruslah mengemukakan permintaan dan maklumat yang baharu di bawah subkaedah 4(2).

Andaian kritikal

Section 8 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERKIRAAN HARGA AWAL) 2023