Malaysia legislation

Section 9

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERKIRAAN HARGA AWAL) 2023

Seksyen 9

(1)

Pembayar cukai hendaklah, dalam permohonannya untuk suatu perkiraan harga awal, mengenal pasti andaian yang dibuat dalam membangunkan metodologi harga pindahan yang dicadangkan yang kritikal kepada kebolehpercayaan metodologi itu di bawah prinsip selengan.

(2)

Dalam kaedah ini, “andaian kritikal” ertinya apa-apa kriteria andaian objektif yang boleh memberi kesan secara signifikan kepada terma suatu perkiraan harga awal sekiranya keadaan yang menjadi asasnya berubah, sama ada perubahan itu adalah dalam kawalan orang itu atau tidak, yang boleh termasuk apa-apa fakta atau keadaan berkenaan dengan orang itu, suatu pihak ketiga, atau suatu industri, seperti suatu strategi perniagaan atau suatu cara pengendalian operasi yang baru, atau penghentian atau pemindahan suatu segmen perniagaan atau entiti, atau hal keadaan yang akan memberi kesan secara material kepada kesesuaian metodologi harga pindahan itu atau pemakaiannya.

Pendapat oleh pakar bebas

Section 9 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERKIRAAN HARGA AWAL) 2023