Seksyen 13
Permintaan untuk pemakaian ke belakang
of Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Perkiraan Penentuan Harga Awal) 2012
P.U. (A)In forceProvision 13 of 22
Seksyen 13
(1)
Pembayar cukai boleh meminta kepada Ketua Pengarah suatu pemakaian ke belakang untuk perkiraan penentuan harga awal jika—
(a)
metodologi penentuan harga pindahan yang dicadangkan itu adalah berkaitan dengan ketetapan isu penentuan harga pindahan dalam tahun-tahun taksiran sebelumnya; dan 9
(b)
fakta dan hal keadaan tertentu yang berlaku sepanjang tahun taksiran sebelumnya itu sebahagian besarnya adalah sama.
(2)
Bagi maksud kaedah ini, “pemakaian ke belakang” ertinya pemakaian terma dan syarat suatu perkiraan penentuan harga awal bagi tahun-tahun taksiran sebelumnya.