Malaysia legislation

Section 19

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERKIRAAN PENENTUAN HARGA AWAL) 2012

Seksyen 19

(1)

Ketua Pengarah atau Pihak Berkuasa Berwibawa, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh memansuhkan suatu perkiraan penentuan harga awal jika mana-mana orang dalam transaksi yang diliputi berkenaan dengan perkiraan itu membuat apa-apa salah nyataan, fraud, peninggalan atau membuat penyataan yang palsu atau mengelirukan dalam permohonan, laporan atau pengemukaan pembaharuan perkiraan penentuan harga awal.

(2)

Ketua Pengarah atau Pihak Berkuasa Berwibawa hendaklah memberitahu pembayar cukai atau Pihak Berkuasa Berwibawa yang lain tentang pemansuhan itu secara bertulis dan alasan bagi pemansuhan itu.

(3)

Pemansuhan itu hendaklah berkuat kuasa dari hari pertama tempoh asas pertama bagi tahun taksiran tempoh yang diliputi.

13

Pembaharuan perkiraan penentuan harga awal

Section 19 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERKIRAAN PENENTUAN HARGA AWAL) 2012