Malaysia legislation
Section 2
of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERKIRAAN PENENTUAN HARGA AWAL) (PINDAAN) 2017
Seksyen 2
Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Perkiraan Penentuan Harga Awal) 2012
[P.U. (A) 133/2012] dipinda dengan memasukkan selepas kaedah 22 kaedah yang berikut:
“Fi dan bayaran lain 23.
(1)
Pembayar cukai hendaklah membayar—
(a)
berkenaan dengan suatu permohonan untuk perkiraan penentuan harga awal di bawah kaedah 5—
(i)
fi permohonan yang tidak boleh dibayar balik berjumlah lima ribu ringgit yang hendaklah disertakan dengan permohonan itu; dan
(ii)
apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah; dan
P.U. (A) 449 3
(b)
berkenaan dengan suatu permohonan untuk pembaharuan perkiraan penentuan harga awal di bawah kaedah 20—
(i)
fi permohonan yang tidak boleh dibayar balik berjumlah lima ribu ringgit yang hendaklah disertakan bersama permohonan itu; dan
(ii)
apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
(2)
Fi dan bayaran yang dinyatakan dalam perenggan (1)(a) dan (b)
hendaklah kena dibayar walaupun pembayar cukai menarik balik permohonan itu.”.
Dibuat 22 Disember 2017
[Perb. 0.6869147(SJ.2)JLD.2(SK.6); LHDN.01/10.5-1/60-20; PN(PU2)80/LXXXVIII]
DATUK SERI JOHARI BIN ABDUL GHANI
Menteri Kewangan Kedua
[Akan dibentangkan di
Dewan
Rakyat menurut subseksyen 154(2)
Akta Cukai Pendapatan 1967]
P.U. (A) 449 4
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (ADVANCE PRICING ARRANGEMENT) (AMENDMENT) RULES 2017