Malaysia legislation

Section 10

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERTUKARAN AUTOMATIK MAKLUMAT AKAUN KEWANGAN) 2016

Seksyen 10

(1)

Ketua Pengarah boleh menjalankan semua kuasa yang terletak hak padanya di bawah Akta untuk mentadbir dan menguatkuasakan pematuhan peruntukan

Perkiraan dan Kaedah-Kaedah ini.

(2)

Ketua Pengarah boleh, melalui notis, menghendaki suatu Institusi

Kewangan mengemukakan kepadanya dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu maklumat termasuk salinan mana-mana buku, rekod atau dokumen lain yang berkaitan sebagaimana yang Ketua Pengarah kehendaki secara munasabah bagi apa-apa maksud yang berhubungan dengan pentadbiran atau penguatkuasaan

Kaedah-Kaedah ini.

(3)

Ketua Pengarah boleh pada setiap masa mempunyai akses penuh dan bebas untuk memasuki mana-mana premis atau tempat perniagaan suatu Institusi

Kewangan bagi maksud—

(a)

mentadbir dan melaksanakan pematuhan kepada peruntukan

Perkiraan dan Kaedah-Kaedah ini; dan

(b)

memeriksa tatacara yang dilaksanakan oleh Institusi Kewangan bagi maksud memastikan pematuhan kepada kewajipan Institusi

Kewangan itu di bawah Kaedah-Kaedah ini.

(4)

Ketua Pengarah boleh membuat cabutan daripada atau salinan bagi semua atau apa-apa bahagian buku, rekod atau dokumen lain atau bahan lain yang dijadikan tersedia kepadanya atau menghendaki salinan buku, rekod, atau dokumen lain dijadikan tersedia kepadanya bagi apa-apa maksud yang berhubungan dengan pentadbiran atau penguatkuasaan Kaedah-Kaedah ini.

Antipengelakan

Section 10 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERTUKARAN AUTOMATIK MAKLUMAT AKAUN KEWANGAN) 2016