Malaysia legislation
Section 11
of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERTUKARAN AUTOMATIK MAKLUMAT AKAUN KEWANGAN) 2016
Seksyen 11
Sekiranya Ketua Pengarah mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana orang telah membuat apa-apa perkiraan atau terlibat dalam suatu amalan yang mempunyai kesan langsung atau tidak langsung yang
(a)
melepaskan mana-mana orang daripada apa-apa liabiliti yang timbul atau sepatutnya timbul untuk mengemukakan kepada Ketua Pengarah suatu penyata maklumat;
(b)
melarikan diri atau mengelak daripada apa-apa kewajipan yang dikenakan atau sepatutnya dikenakan ke atas mana-mana orang di bawah
Kaedah-Kaedah ini; atau
(c)
menghalang atau mencegah pelaksanaan Kaedah-Kaedah ini dalam apa-apa jua cara,
Ketua Pengarah boleh, tanpa menjejaskan kesahannya dalam apa-apa keadaan lain bagi apa-apa maksud lain, mengetepikan atau mengubah perkiraan atau amalan itu dan membuat perubahan yang difikirkannya patut dengan tujuan untuk mengurangkan keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada kesan langsung atau tidak langsung perkiraan atau amalan itu.
Peruntukan khas bagi NFE Pasif