Malaysia legislation
Section 12
of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERTUKARAN AUTOMATIK MAKLUMAT AKAUN KEWANGAN) 2016
Seksyen 12
P.U. (A) 355 15
(1)
Tertakluk kepada subkaedah (3), bagi maksud menentukan bahawa suatu Entiti ialah NFE Pasif dengan satu atau lebih Orang yang Mengawal yang adalah
Orang Kena Lapor di bawah subperenggan D(2) Seksyen V dan subperenggan A(2)
Seksyen VI Standard, suatu Institusi Kewangan bukan merupakan NFE Pasif sekiranya—
(a)
Institusi Kewangan itu ialah suatu Entiti Pelaburan di bawah subperenggan A(6)(b) Seksyen VIII Standard;
(b)
Institusi Kewangan itu adalah bukan suatu Institusi Kewangan
Wilayah Bidang kuasa yang Menyertai; dan
(c)
Institusi Kewangan itu akan menjadi Institusi Kewangan Wilayah
Bidang kuasa yang Menyertai sekiranya wilayah bidang kuasa yang diisytiharkan sebagai wilayah bidang kuasa komited
P.U. (A) 355 16
di bawah subkaedah (2) ialah Wilayah Bidang kuasa yang
Menyertai.
(2)
Ketua Pengarah boleh mengisytiharkan satu atau lebih wilayah bidang kuasa sebagai wilayah bidang kuasa komited melalui senarai yang disiarkan atau apa-apa cara lain yang difikirkannya sesuai.
(3)
Bagi maksud subkaedah (1), suatu Institusi Kewangan bukan merupakan
NFE Pasif bagi tahun 2017 ke 2019.