Malaysia legislation

Section 4

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERTUKARAN AUTOMATIK MAKLUMAT AKAUN KEWANGAN) 2016

Seksyen 4

(1)

Setiap Institusi Kewangan Pelapor yang bukan suatu Institusi Kewangan

Bukan Pelapor hendaklah mengenal pasti Akaun Kena Lapor daripada Akaun Kewangan yang disenggara oleh Institusi Kewangan Pelapor itu dengan mengguna pakai tatacara usaha wajar sebagaimana yang dinyatakan dalam Seksyen II hingga VII Standard.

(2)

Suatu

Institusi

Kewangan

Bukan

Pelapor yang disebut dalam subkaedah (1) ialah—

(a)

suatu Entiti Kerajaan, Pertubuhan Antarabangsa atau Bank Negara, selain berkenaan dengan suatu bayaran yang diperoleh daripada suatu tanggungan yang dipegang berkaitan dengan suatu aktiviti

P.U. (A) 355 4

kewangan komersial yang dijalankan oleh suatu Syarikat Insurans yang Ditentukan, Institusi Kawalan, atau Institusi Depositori;

(b)

suatu Kumpulan Wang Persaraan Berpenyertaan Luas, suatu

Kumpulan Wang Persaraan Berpenyertaan Terhad, Kumpulan

Wang Persaraan Entiti Kerajaan, Pertubuhan Antarabangsa atau

Bank Negara;

(c)

suatu Pengeluar Kad Kredit Berkelayakan yang memenuhi kehendak yang berikut:

(i)

Institusi

Kewangan itu ialah

Institusi

Kewangan semata-mata kerana ia adalah pengeluar kad kredit yang menerima deposit sahaja apabila pelanggan membuat bayaran melebihi baki yang kena dibayar berkenaan dengan kad itu dan lebihan bayaran tidak dikembalikan kepada pelanggan serta-merta; dan

(ii)

mulai atau sebelum 1 Julai 2017, Institusi Kewangan itu melaksanakan polisi dan tatacara yang sama ada menghalang pelanggan daripada membuat lebihan bayaran melebihi

USD50,000.00, atau untuk memastikan mana-mana lebihan bayaran pelanggan melebihi

USD50,000.00 dikembalikan kepada pelanggan dalam masa enam puluh hari, dalam setiap keadaan dengan mengguna pakai peraturan yang dinyatakan dalam perenggan C

Seksyen VII Standard untuk pengagregatan akaun dan terjemahan mata wang. Bagi maksud ini, lebihan bayaran pelanggan bukan merujuk kepada baki kredit sehingga tahap caj yang dipertikaikan tetapi adalah termasuk baki kredit yang terhasil daripada pulangan dagangan;

P.U. (A) 355 5

(d)

apa-apa Entiti lain yang mempunyai risiko yang rendah untuk digunakan untuk pelarian cukai, yang sebahagian besarnya mempunyai persamaan ciri dengan mana-mana Entiti yang diperihalkan dalam perenggan (a), (b) dan (c) dan ditentukan dalam undang-undang domestik sebagai Institusi Kewangan

Bukan Pelapor, dengan syarat status Entiti itu sebagai Institusi

Kewangan Bukan Pelapor tidak mengecewakan tujuan Standard;

(e)

suatu Jentera Pelaburan Kolektif yang Dikecualikan; atau

(f)

suatu amanah setakat yang pemegang amanah bagi amanah itu adalah suatu Institusi Kewangan Pelapor dan melaporkan semua maklumat yang perlu dilaporkan menurut Seksyen I Standard berkenaan dengan semua Akaun Kena Lapor bagi amanah itu.

(3)

Setiap Institusi Kewangan Pelapor hendaklah mewujudkan, mengekalkan dan mendokumenkan tatacara usaha wajar yang disebut dalam subkaedah (1).

(4)

Akaun Kewangan yang disebut dalam subkaedah (1) tidak termasuk apa-apa

Akaun

Dikecualikan sebagaimana yang ditakrifkan dalam subperenggan C(17)(a) hingga (g) Seksyen VIII Standard.

(5)

Dalam mengguna pakai tatacara usaha wajar, tarikh berkaitan bagi maksud peruntukan Standard yang dinyatakan dalam ruang (2) Jadual ialah tarikh yang dinyatakan dalam ruang (3) Jadual.

(6)

Bagi maksud subperenggan

C(6)

Seksyen

III

Standard dan perenggan A dan B dan subperenggan E(2) Seksyen V Standard tempoh yang berikut hendaklah dikira sebagai tahun kalendar yang berasingan:

(a)

1 Januari 2017 hingga 30 Jun 2017; dan

(b)

1 Julai 2017 hingga 31 Disember 2017.

P.U. (A) 355 6

(7)

Sesuatu akaun dianggap sebagai Akaun Kena Lapor bermula dari tarikh ia dikenal pasti menurut tatacara usaha wajar yang diperihalkan dalam Seksyen II hingga VII Standard dan, maklumat berkaitan dengan Akaun Kena Lapor hendaklah dilaporkan setiap tahun dalam tahun kalendar berikutan tahun yang berhubungan dengan maklumat itu.

(8)

Bagi maksud Kaedah-Kaedah ini, suatu akaun dengan baki atau nilai yang negatif disifatkan mempunyai baki atau nilai yang sama dengan kosong.

(9)

Dalam menentukan baki atau nilai bagi akaun yang disebut dalam mata wang selain dolar Amerika Syarikat bagi maksud Standard dan Kaedah-Kaedah ini, institusi itu hendaklah menukar nilai ambang dolar Amerika Syarikat yang berkaitan yang diperihalkan dalam Standard atau dalam Kaedah-Kaedah ini kepada mata wang lain dengan rujukan kepada kadar pertukaran lani pada tarikh institusi itu menentukan nilai ambang itu.

(10)

Bagi maksud Standard dan Kaedah-Kaedah ini, suatu Akaun Kewangan yang dipegang oleh seseorang individu sebagai rakan kongsi dalam sebuah perkongsian disifatkan sebagai suatu akaun entiti.

Pengubahsuaian tatacara usaha wajar

Section 4 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERTUKARAN AUTOMATIK MAKLUMAT AKAUN KEWANGAN) 2016