Malaysia legislation

Section 5

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERTUKARAN AUTOMATIK MAKLUMAT AKAUN KEWANGAN) 2016

Seksyen 5

(1)

Suatu Institusi Kewangan Pelapor boleh mengguna pakai, bagi suatu tahun kalendar—

(a)

tatacara alamat pemastautin, seperti yang diperihalkan dalam subperenggan B(1) Seksyen III Standard, kepada Akaun Nilai

Rendah;

(b)

tatacara usaha wajar bagi Akaun Nilai Tinggi seperti yang diperihalkan dalam perenggan C Seksyen III Standard, kepada

Akaun Nilai Rendah; atau

P.U. (A) 355 7

(c)

perenggan A hingga C Seksyen V Standard bagi menentukan sama ada suatu Akaun Entiti Sedia Ada tertakluk kepada tatacara usaha wajar yang diperihalkan dalam Seksyen V Standard.

(2)

Tertakluk kepada subkaedah (3) dan (4), suatu Institusi Kewangan

Pelapor boleh mengguna pakai, bagi suatu tahun kalendar, tatacara usaha wajar bagi suatu Akaun Baharu, yang diperihalkan dalam Seksyen IV atau VI Standard, kepada suatu Akaun Sedia Ada.

(3)

Jika suatu Institusi Kewangan Pelapor mengguna pakai tatacara usaha wajar bagi suatu Akaun Baharu kepada suatu Akaun Sedia Ada, tatacara yang diperihalkan dalam perenggan C Seksyen I, perenggan A Seksyen III, subperenggan B(1) Seksyen III dan perenggan A Seksyen V Standard hendaklah terpakai bagi Akaun Baharu itu.

(4)

Suatu Institusi Kewangan Pelapor tidak boleh mengguna pakai tatacara usaha wajar bagi suatu Akaun Baharu kepada Akaun Sedia Ada melainkan institusi itu mengguna pakai tatacara itu bagi semua Akaun Sedia Ada yang disenggara olehnya atau kumpulan Akaun Sedia Ada yang dikenal pasti dengan jelas.

(5)

Berkenaan dengan Akaun Entiti Baharu, bagi maksud menentukan sama ada orang yang mengawal entiti bukan kewangan pasif merupakan Orang Kena Lapor, suatu Institusi Kewangan Pelapor hanya boleh bergantung kepada perakuan sendiri sama ada daripada pemegang akaun atau orang yang mengawal.

(6)

Bagi maksud kaedah 4, Institusi Kewangan Pelapor boleh—

(a)

menganggap suatu Akaun Kewangan yang dipegang oleh benefisiari individu suatu Kontrak Insurans Nilai Tunai atau

Kontrak Anuiti sebagai selain suatu Akaun Kena Lapor dalam keadaan yang diperihalkan dalam perenggan B Seksyen VII

Standard; dan

P.U. (A) 355 8

(b)

menganggap suatu

Akaun

Kewangan yang merupakan kepentingan ahli dalam suatu Kontrak Insurans Nilai Tunai

Berkumpulan atau Kontrak Anuiti Berkumpulan sebagai suatu

Akaun Kewangan yang bukan merupakan Akaun Kena Lapor sehingga tarikh yang suatu amaun kena dibayar kepada pekerja, pemegang perakuan atau benefisiari, sekiranya Akaun Kewangan itu memenuhi kriteria yang berikut:

(i)

Kontrak Insurans Nilai Tunai Berkumpulan atau Kontrak

Anuiti Berkumpulan itu dikeluarkan kepada majikan dan merangkumi dua puluh lima orang atau lebih pekerja atau pemegang perakuan;

(ii)

pekerja atau pemegang perakuan layak untuk menerima apa-apa nilai kontrak yang berkaitan dengan kepentingannya dan menamakan benefisiari untuk manfaat yang kena dibayar apabila berlaku kematian pekerja; dan

(iii)

amaun agregat yang kena dibayar kepada mana-mana pekerja, pemegang sijil atau benefisiari tidak melebihi

USD1,000,000.00.

(7)

Dalam kaedah ini

“Akaun Nilai Tinggi” ertinya suatu Akaun Individu Sedia Ada dengan agregat baki atau nilai yang melebihi USD1,000,000.00 pada 30 Jun 2017, 31 Disember 2017

atau 31 Disember mana-mana tahun berikutnya;

“Akaun Nilai Rendah” ertinya suatu Akaun Individu Sedia Ada, yang bukan suatu

Akaun Nilai Tinggi, dengan agregat baki atau nilai yang tidak melebihi USD1,000,000.00

pada 30 Jun 2017;

P.U. (A) 355 9

“Akaun Baharu” ertinya suatu Akaun Kewangan yang disenggara oleh Institusi

Kewangan Pelapor yang dibuka pada atau selepas 1 Julai 2017, melainkan jika ia dianggap sebagai Akaun Sedia Ada di bawah perenggan (b) takrif “Akaun Sedia Ada”;

“Akaun Sedia Ada” ertinya—

(a)

suatu Akaun Kewangan yang disenggara oleh Institusi Kewangan Pelapor setakat 30 Jun 2017; atau

(b)

mana-mana Akaun Kewangan bagi seorang pemegang akaun, tanpa mengambil kira tarikh Akaun Kewangan itu dibuka sekiranya

(i)

pemegang akaun itu turut memegang Akaun Kewangan yang merupakan suatu Akaun Sedia Ada dengan Institusi Kewangan Pelapor (atau dengan suatu Entiti Berkaitan dalam wilayah bidang kuasa yang sama dengan

Insititusi Kewangan Pelapor itu) di bawah perenggan (a) takrif ini;

(ii)

Institusi Kewangan Pelapor itu (dan, jika berkenaan, Entiti Berkaitan di bawah wilayah bidang kuasa yang sama seperti Institusi Kewangan

Pelapor) menganggap kedua-dua Akaun Kewangan yang disebut sebelum ini, dan mana-mana Akaun Kewangan lain pemegang akaun itu yang dianggap sebagai Akaun Sedia Ada di bawah perenggan ini sebagai Akaun

Kewangan tunggal bagi maksud memenuhi kehendak standard pengetahuan yang dinyatakan dalam perenggan A Seksyen VII Standard, dan bagi maksud menentukan baki atau nilai mana-mana Akaun

Kewangan itu apabila mengguna pakai mana-mana nilai ambang akaun;

(iii)

berkenaan dengan suatu Akaun Kewangan yang tertakluk kepada tatacara AML/KYC, Institusi Kewangan Pelapor dibenarkan untuk memenuhi tatacara AML/KYC itu bagi Akaun Kewangan dengan berpandukan tatacara AML/KYC yang dilaksanakan bagi Akaun Sedia Ada yang diperihalkan dalam perenggan (a) takrif ini; dan

P.U. (A) 355 10

(iv)

pembukaan Akaun Kewangan itu tidak menghendaki pengemukaan maklumat baharu, tambahan atau pindaan bagi pelanggan oleh pemegang akaun selain bagi maksud Standard;

“Kontrak Anuiti Kumpulan” ertinya suatu Kontrak Anuiti yang penerima obligasinya ialah individu yang bergabung melalui seseorang majikan, suatu persatuan sekerja atau kesatuan buruh, atau persatuan atau kumpulan lain;

“Kontrak Insurans Nilai Tunai Berkumpulan” ertinya Kontrak Insurans Nilai

Tunai yang

(a)

menyediakan perlindungan ke atas individu yang bergabung melalui seseorang majikan, suatu persatuan sekerja atau kesatuan buruh, atau persatuan atau kumpulan lain; dan

(b)

mengenakan premium ke atas setiap anggota kumpulan

(atau anggota bagi suatu golongan dalam kumpulan itu) yang ditentukan tanpa mengambil kira ciri-ciri kesihatan individu selain umur, jantina dan tabiat merokok anggota (atau golongan anggota) kumpulan itu.

Entiti Berkaitan

Section 5 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERTUKARAN AUTOMATIK MAKLUMAT AKAUN KEWANGAN) 2016