Malaysia legislation
Section 6
of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERTUKARAN AUTOMATIK MAKLUMAT AKAUN KEWANGAN) 2016
Seksyen 6
(1)
Bagi maksud kehendak pelaporan am dalam Seksyen I Standard dan pemakaian tatacara usaha wajar yang diperihalkan dalam Seksyen II hingga VII
Standard, suatu Entiti ialah “Entiti Berkaitan” bagi suatu Entiti lain sekiranya
(a)
salah satu Entiti mengawal Entiti yang satu lagi;
(b)
kedua-dua Entiti di bawah kawalan yang sama; atau
(c)
kedua-dua Entiti adalah Entiti Pelaburan yang diperihalkan dalam subperenggan A(6)(b) Seksyen VIII Standard, adalah di bawah pengurusan yang sama, dan pengurusan itu memenuhi kewajipan usaha wajar Entiti Pelaburan itu.
P.U. (A) 355 11
(2)
Kawalan yang disebut dalam perenggan (1)(a) dan (b) adalah termasuk pemilikan langsung atau tidak langsung lebih daripada lima puluh peratus undi dan nilai sesuatu Entiti.
Kewajipan pelaporan