Malaysia legislation

Section 7

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERTUKARAN AUTOMATIK MAKLUMAT AKAUN KEWANGAN) 2016

Seksyen 7

(1)

Suatu Institusi Kewangan Pelapor hendaklah, berkenaan dengan tahun kalendar 2017 dan setiap tahun kalendar yang berikutnya, mengemukakan penyata maklumat kepada Ketua Pengarah pada atau sebelum 30 Jun tahun berikutan tahun kalendar yang berhubungan dengan penyata itu dengan menyatakan maklumat yang perlu dilaporkan sebagaimana yang diperihalkan dalam perenggan A dan B Seksyen I

Standard, tertakluk kepada perenggan C hingga E dalam Seksyen I Standard, berhubung dengan setiap Akaun Kewangan yang dikenal pasti sebagai Akaun Kena Lapor yang disenggara oleh Institusi Kewangan Pelapor pada bila-bila masa dalam suatu tahun kalendar.

(2)

Bagi maksud subkaedah (1), setiap Institusi Kewangan Pelapor hendaklah melaporkan baki atau nilai akaun, termasuk, dalam hal Kontrak Insurans Nilai Tunai atau Kontrak Anuiti, Nilai Tunai atau nilai penyerahan, setakat akhir tahun kalendar yang berkenaan atau, jika akaun itu ditutup pada tahun itu, setakat penutupan akaun itu berkenaan dengan setiap Akaun Kena Lapor yang disenggara oleh Institusi Kewangan

Pelapor itu.

(3)

Sekiranya suatu Institusi Kewangan Pelapor mengguna pakai tatacara usaha wajar yang diperihalkan dalam kaedah 4 bagi suatu tahun kalendar dan tiada akaun yang ditentukan sebagai Akaun Kena Lapor, Institusi Kewangan Pelapor itu hendaklah mengemukakan kepada Ketua Pengarah suatu penyata maklumat yang menyatakan bahawa Institusi Kewangan Pelapor itu tidak menyenggara Akaun Kena

Lapor berkenaan dengan tahun itu.

(4)

Suatu penyata maklumat hendaklah dikemukakan dengan menggunakan medium elektronik atau melalui transmisi elektronik dalam format yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

P.U. (A) 355 12

(5)

Sesuatu Institusi Kewangan Pelapor tidak dikecualikan daripada mengemukakan maklumat sebagaimana yang dikehendaki di bawah Kaedah-Kaedah ini atas alasan Institusi Kewangan Pelapor itu mempunyai kewajipan untuk tidak mengumpul, menggunakan atau mendedahkan maklumat itu, sama ada dikenakan oleh undang-undang bertulis, rukun undang-undang, apa-apa kontrak atau apa-apa kaedah bagi tatacara tatatertib professional, berkenaan dengan maklumat itu.

(6)

Bagi mengelakkan sebarang keraguan, segala maklumat yang diberikan atau diperoleh di bawah Kaedah-Kaedah ini boleh digunakan oleh Ketua Pengarah bagi apa-apa tujuan yang berkaitan dengan pentadbiran Akta dan Akta Cukai Aktiviti

Perniagaan Labuan 1990 [Akta 445].

Rekod

Section 7 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERTUKARAN AUTOMATIK MAKLUMAT AKAUN KEWANGAN) 2016