Malaysia legislation
Section 8
of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERTUKARAN AUTOMATIK MAKLUMAT AKAUN KEWANGAN) 2016
Seksyen 8
(1)
Setiap
Institusi
Kewangan
Pelapor hendaklah menyimpan dan mengekalkan dalam jagaan selamat rekod yang diperoleh atau diwujudkan oleh
Institusi Kewangan Pelapor itu bagi maksud mematuhi Kaedah-Kaedah ini, termasuklah perakuan sendiri dan rekod keterangan dokumen.
(2)
Setiap Institusi Kewangan Pelapor yang dikehendaki oleh Kaedah-Kaedah ini untuk menyimpan dan mengekalkan dalam jagaan selamat rekod dan berbuat demikian secara elektronik hendaklah mengekalkan rekod itu dalam format elektronik yang boleh dibaca bagi tempoh pegangan yang disebut dalam subkaedah (4).
(3)
Setiap Institusi Kewangan Pelapor yang memperoleh atau mewujudkan rekod dalam bahasa selain bahasa Inggeris hendaklah, atas permintaan Ketua Pengarah, menyediakan terjemahan dalam bahasa Inggeris.
(4)
Setiap Institusi Kewangan Pelapor yang dikehendaki untuk menyimpan dan mengekalkan dalam jagaan selamat rekod yang diperoleh atau diwujudkan oleh
Institusi Kewangan Pelapor itu di bawah Kaedah-Kaedah ini hendaklah mengekalkan rekod itu bagi tempoh sekurang-kurangnya tujuh tahun selepas—
P.U. (A) 355 13
(a)
dalam hal perakuan sendiri, hari terakhir Akaun Kewangan yang berkaitan dibuka; dan
(b)
dalam mana-mana hal lain, hujung tahun kalendar yang terakhir yang rekod itu adalah berkaitan.
Penyedia perkhidmatan