Malaysia legislation

Section 9

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERTUKARAN AUTOMATIK MAKLUMAT AKAUN KEWANGAN) 2016

Seksyen 9

(1)

Suatu Institusi Kewangan Pelapor boleh melantik pihak ketiga sebagai agennya untuk menjalankan tugas dan kewajipan yang dikenakan terhadapnya di bawah Kaedah-Kaedah ini.

(2)

Jika pihak ketiga dilantik oleh suatu Institusi Kewangan Pelapor mengikut subkaedah (1)—

(a)

Institusi Kewangan Pelapor itu hendaklah, pada setiap masa, mempunyai akses kepada dan boleh mengemukakan, jika dikehendaki oleh Ketua Pengarah untuk berbuat demikian, rekod dan keterangan dokumen yang digunakan untuk mengenal pasti dan melaporkan Akaun Kena Lapor; dan

(b)

Institusi Kewangan Pelapor itu adalah bertanggungjawab ke atas apa-apa kegagalan pihak ketiga itu untuk menjalankan kewajipan

Institusi Kewangan Pelapor itu dan kaedah 10 dan 11 hendaklah terpakai bagi Institusi Kewangan Pelapor itu walaupun—

(i)

tindakan itu adalah tindakan pihak ketiga itu; atau

(ii)

kegagalan untuk bertindak adalah kegagalan oleh pihak ketiga itu untuk bertindak.

P.U. (A) 355 14

Kuasa Ketua Pengarah

Section 9 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERTUKARAN AUTOMATIK MAKLUMAT AKAUN KEWANGAN) 2016