Malaysia legislation

Section 8

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERTUKARAN AUTOMATIK MAKLUMAT AKAUN KEWANGAN ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DENGAN KERAJAAN AMERIKA SYARIKAT UNTUK MENINGKATKAN PEMATUHAN CUKAI ANTARABANGSA DAN MELAKSANAKAN FOREIGN ACCOUNT TAX COMPLIANCE ACT) 2022

Seksyen 8

Bayaran kepada Institusi Kewangan Yang Tidak Menyertai

(1)

Suatu Institusi Kewangan Pelapor Malaysia hendaklah mengenal pasti bayaran-bayaran yang dibuat dalam tahun kalendar 2015 dan tahun kalendar 2016

oleh institusi itu kepada Institusi Kewangan Yang Tidak Menyertai dengan mengguna pakai tatacara usaha wajar sebagaimana yang dinyatakan dalam

Annex I Perjanjian.

(2)

Bagi tujuan kaedah ini—

(a)

subkaedah (1) hanya terpakai apabila bayaran itu dibuat kepada suatu Institusi Kewangan Yang Tidak Menyertai sebagai pemegang akaun;

(b)

Institusi Kewangan Pelapor Malaysia hendaklah—

(i)

bagi tahun kalendar 2015 dan tahun kalendar 2016, mengemukakan suatu penyata kepada Ketua Pengarah pada atau sebelum 30 Jun 2023; dan

(ii)

melaporkan kepada Ketua Pengarah semua bayaran yang dibuat kepada Institusi Kewangan Yang Tidak Menyertai tanpa perlu membezakan sifat bayaran itu dan sama ada ia berpunca atau tidak berpunca daripada A.S.

(3)

Dalam Kaedah-Kaedah ini—

(a)

“bayaran”

termasuklah amaun yang dikreditkan ke

Akaun Kewangan sesuatu Institusi Kewangan Yang Tidak

Menyertai; dan

P.U. (A) 279 7

(b)

penyata yang dinyatakan di perenggan 2(b) hendaklah menyatakan nama-nama dan jumlah agregat bayaran yang dibuat kepada setiap

Institusi Kewangan Yang Tidak Menyertai bagi tahun-tahun pelaporan 2015 dan 2016.

(4)

Suatu Institusi Kewangan Pelapor Malaysia—

(a)

yang memenuhi deskripsi di bawah subperenggan 1(d) Artikel 4

Perjanjian hendaklah memegang tiga puluh peratus daripada apa-apa Bayaran Boleh Pegang Punca A.S. kepada mana-mana

Institusi Kewangan Yang Tidak Menyertai; dan

(b)

yang termasuk di bawah terma subperenggan 1(e) Artikel 4

Perjanjian hendaklah mendedahkan maklumat kepada Ketua Pengarah mengikut kehendak subperenggan itu.

(5)

Perenggan 5

Artikel 4

Perjanjian hendaklah terpakai kepada

Institusi Kewangan Pelapor Malaysia.

(6)

Jika dalam sesuatu tahun kalendar tiada bayaran yang dikenal pasti seperti yang disebut di dalam subkaedah (1), Institusi Kewangan Pelapor Malaysia hendaklah menyediakan dan memberikan suatu penyata kepada

Ketua

Pengarah bagi tahun kalendar itu yang menyatakan fakta itu.

Institusi Kewangan Bukan Pelapor Malaysia dan pemunya benefisial yang dikecualikan