Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
(1)
Institusi Kewangan Bukan Pelapor Malaysia dikecualikan daripada mematuhi Kaedah-Kaedah ini.
P.U. (A) 279 8
(2)
Walau apa pun subkaedah (1), pemunya benefisial yang dikecualikan selain daripada Dana yang menerima bayaran berkaitan suatu kewajipan berkaitan aktiviti kewangan komersial daripada jenis yang dilibatkan oleh Syarikat Insurans yang
Ditentukan, Institusi Kawalan atau Institusi Depositori boleh dilayan sebagai suatu
Institusi Kewangan Pelapor Malaysia setakat aktiviti kewangan komersial tersebut yang ia dilibatkan.
(3)
Suatu Institusi Kewangan Asing berdaftar yang dianggap patuh boleh dikehendaki oleh Ketua Pengarah untuk mengemukakan—
(a)
penyata tahunan sekiranya terdapat mana-mana Akaun Kena Lapor
A.S. dijumpai; atau
(b)
penyata NIL sekiranya tiada Akaun Kena Lapor A.S.
(4)
Suatu Institusi Kewangan Asing berdaftar yang dianggap patuh yang disebut dalam subkaedah (3) dan dalam Perjanjian adalah—
(a)
suatu Institusi Kewangan Malaysia yang telah diperuntukkan sewajarnya dengan Global Intermediary Identification Number oleh
IRS bagi maksud FATCA; dan
(b)
suatu institusi kewangan sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen III Annex II Perjanjian.
Akaun-akaun yang bukan Akaun Kena Lapor A.S.