Malaysia legislation
Section 4
of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERTUKARAN AUTOMATIK MAKLUMAT AKAUN KEWANGAN) (PINDAAN) 2017
Seksyen 4
Pindaan kaedah 4
(a)
dalam subkaedah (4), dengan menggantikan subkaedah (4) dengan subkaedah yang berikut:
“(4)
Akaun Kewangan yang disebut dalam subkaedah (1) tidak termasuk apa-apa Akaun Dikecualikan—
(a)
sebagaimana yang ditakrifkan dalam subperenggan C(17)(a) hingga (f) Seksyen VIII
Standard; dan
(b)
sebagaimana yang ditakrifkan dalam subperenggan C(17)(g) Seksyen VIII Standard dan yang disenaraikan sebagai Akaun Dikecualikan dalam Jadual 2 Kaedah-Kaedah ini.”;
(b)
dalam subkaedah (5), dengan menggantikan perkataan “Jadual ialah tarikh yang dinyatakan dalam ruang (3) Jadual” dengan perkataan
“Jadual 1 ialah tarikh yang dinyatakan bersetentangan dengannya dalam ruang (3)”; dan
(c)
dengan memasukkan selepas subkaedah (10) subkaedah yang berikut:
“(11) Bagi maksud untuk mengguna pakai tatacara usaha wajar sebagaimana yang dinyatakan dalam Seksyen II hingga VII
Standard, “Wilayah Bidang Kuasa Kena Lapor” yang dinyatakan dalam subperenggan D(4) Seksyen VIII Standard adalah mana-mana wilayah bidang kuasa selain dari Malaysia.”.
4
Pindaan kaedah 7