Malaysia legislation

Section 8

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERTUKARAN AUTOMATIK MAKLUMAT AKAUN KEWANGAN) (PINDAAN) 2017

Seksyen 8

Jadual baharu 2

Kaedah-Kaedah ibu dipinda dengan memasukkan selepas JADUAL 1 Jadual yang berikut:

“JADUAL 2

[Perenggan 4(4)(b)]

Akaun Dikecualikan

Bagi maksud Standard, Akaun Dikecualikan adalah seperti yang berikut:

(a)

Suatu akaun depositori yang merupakan akaun dorman (selain Kontrak

Anuiti)—

(i)

dengan baki tidak melebihi USD1000.00;

(ii)

jika pemegang akaun tidak pernah memulakan transaksi berkenaan dengan akaun itu atau apa-apa akaun lain yang dipegang oleh pemegang akaun itu dengan Institusi Kewangan Pelapor dalam tempoh tiga tahun terdahulu;

(iii)

jika pemegang akaun tidak berhubung dengan Institusi Kewangan

Pelapor mengenai akaun itu atau apa-apa akaun lain yang dipegang oleh pemegang akaun itu dengan Institusi Kewangan Pelapor dalam tempoh enam tahun terdahulu; dan

(iv)

berhubung dengan Kontrak Insurans Nilai Tunai, jika Institusi Kewangan

Pelapor tidak berhubung dengan pemegang akaun mengenai akaun itu

6

atau apa-apa akaun lain yang dipegang oleh pemegang akaun itu dengan

Institusi Kewangan Pelapor dalam tempoh enam tahun terdahulu; atau

(b)

Akaun sekuriti yang merupakan akaun dorman di bawah peraturan 26.10

Peraturan Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd.”.

Dibuat 19 Disember 2017

[Perb.0.6869/47(SJ.14)(SK.3)(3); LHDN.01/10.5-1/61-11; PN(PU2)80/LXXXVIII]

DATUK SERI JOHARI BIN ABDUL GHANI

Menteri Kewangan Kedua

[Akan dibentangkan di

Dewan

Rakyat menurut subseksyen 154(2)

Akta Cukai Pendapatan 1967]

7

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (AUTOMATIC EXCHANGE OF FINANCIAL ACCOUNT INFORMATION)

(AMENDMENT) RULES 2017

Section 8 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERTUKARAN AUTOMATIK MAKLUMAT AKAUN KEWANGAN) (PINDAAN) 2017