Skip to content

Seksyen 2

Dalam Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

of Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Pertukaran Maklumat) 2011

P.U. (A)In forceProvision 2 of 5
Seksyen 2

“bank” ertinya—

(a)

bank, syarikat kewangan, atau syarikat perbankan dan kewangan yang dilesenkan atau disifatkan telah dilesenkan di bawah Akta Bank dan

Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372];

(b)

bank Islam yang dilesenkan atau disifatkan telah dilesenkan di bawah Akta

Bank Islam 1983 [Akta 276]; dan

(c)

institusi yang ditetapkan di bawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618];

“maklumat” ertinya maklumat yang dikehendaki supaya dizahirkan menurut artikel mengenai pertukaran maklumat perkiraan percukaian dua kali;

3

“perkiraan percukaian dua kali” ertinya suatu perkiraan yang diisytiharkan di bawah seksyen 132 Akta;

“pihak berkuasa berwibawa” ertinya pekerja atau ejen yang diberi kuasa dengan sewajarnya suatu kerajaan wilayah di luar Malaysia yang dengannya Kerajaan Malaysia telah membuat perkiraan percukaian dua kali.