Malaysia legislation

Section 3

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERTUKARAN MAKLUMAT) 2011

Seksyen 3

(1)

Tertakluk kepada Kaedah-Kaedah ini, suatu pihak berkuasa berwibawa boleh meminta daripada Ketua Pengarah maklumat seseorang yang perkiraan percukaian dua kali yang dibuat oleh kerajaan pihak berkuasa berwibawa itu dengan Kerajaan Malaysia berhubung dengannya.

(2)

Permintaan yang disebut di bawah subkaedah (1) hendaklah menyatakan butiran yang berikut:

(a)

identiti orang yang di bawah pemeriksaan atau penyiasatan;

(b)

tempoh apabila maklumat itu diminta;

(c)

kenyataan maklumat yang diminta termasuk butir-butir dan bentuk sebagaimana pihak berkuasa berwibawa menghendaki maklumat tersebut diterima daripada Ketua Pengarah;

(d)

tujuan percukaian apabila maklumat itu diminta;

(e)

alasan untuk mempercayai bahawa maklumat yang diminta berada di

Malaysia atau dalam milikan atau kawalan seseorang di dalam bidang kuasa Malaysia;

4

(f)

setakat yang diketahui, nama dan alamat orang yang dipercayai memiliki maklumat yang diminta;

(g)

kenyataan bahawa permintaan itu bertepatan dengan undang-undang dan amalan pentadbiran sesuatu wilayah pihak berkuasa berwibawa, bahawa jika maklumat yang diminta di dalam bidang kuasa wilayah pihak berkuasa berwibawa itu, maka pihak berkuasa berwibawa itu boleh mendapatkan maklumat berkenaan menurut undang-undang wilayahnya atau mengikut amalan biasa pentadbiran dan ia bertepatan dengan perkiraan percukaian dua kali; dan

(h)

kenyataan bahawa pihak berkuasa berwibawa telah menggunakan kesemua cara yang tersedia di wilayahnya bagi mendapatkan maklumat, kecuali dalam keadaan yang menimbulkan kesusahan yang tidak berpadanan.

(3)

Apabila permintaan di bawah subkaedah (1) diterima, Ketua Pengarah boleh, melalui notis di bawah seksyen 81 Akta, menghendaki orang yang disebut dalam permintaan itu untuk memberikan maklumat sebagaimana yang diminta oleh pihak berkuasa berwibawa dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu.

(4)

Mana-mana orang yang notis telah dikeluarkan kepadanya di bawah subkaedah (3) yang, tanpa sebab yang munasabah, tidak mematuhi notis itu melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 120 Akta.

Maklumat daripada bank

Section 3 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERTUKARAN MAKLUMAT) 2011