Malaysia legislation

Section 4

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERTUKARAN MAKLUMAT) 2011

Seksyen 4

(1)

Kehendak di bawah kaedah ini adalah tertakluk kepada peruntukan yang berikut:

(a)

perenggan 99(1)(i) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989;

5

(b)

subseksyen 34(3) Akta Bank Islam 1983; dan

(c)

perenggan 120(k) Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002.

(2)

Jika Ketua Pengarah gagal mendapat apa-apa maklumat mana-mana orang di bawah kaedah 3, Ketua Pengarah boleh, melalui notis di bawah seksyen 81 Akta, menghendaki bank yang mempunyai maklumat orang itu untuk memberikan maklumat sebagaimana yang diminta oleh pihak berkuasa berwibawa itu.

(3)

Walau apa pun peruntukan subkaedah 3(3) dan 4(2), Ketua Pengarah boleh membuat permintaan daripada bank, maklumat berkaitan orang itu yang disebut di bawah kaedah 3 tanpa perlu terdahulu membuat permintaan daripada orang itu.

(4)

Mana-mana bank yang mempunyai maklumat mengenai orang yang perkiraan percukaian dua kali yang dibuat oleh kerajaan pihak berkuasa berwibawa itu dengan Kerajaan Malaysia berhubung dengannya, dan yang notis dikeluarkan kepada di bawah subkaedah (2) yang, tanpa sebab yang munasabah, tidak mematuhi notis itu melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 120 Akta.

Pembatalan

Section 4 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERTUKARAN MAKLUMAT) 2011