Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(1)
Bagi maksud menentukan pendapatan larasan suatu majikan daripada perniagaannya, hendaklah dibenarkan sebagai suatu potongan saraan daripada suatu jenis yang dibenarkan di bawah seksyen 33 Akta dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran yang bersamaan dengan amaun pinjaman pendidikan yang dibayar oleh majikan itu bagi pihak pekerjanya, dalam tempoh asas itu.
(2)
Amaun pinjaman pendidikan yang dibayar oleh majikan yang disebut dalam subkaedah (1) hendaklah dibuat bagi suatu tempoh yang tidak lebih awal daripada 1 Januari 2019 dan tidak lewat daripada 31 Disember 2019.
(3)
Majikan yang menuntut potongan di bawah Kaedah-Kaedah ini hendaklah menyimpan resit rasmi daripada Perbadanan yang menentusahkan amaun pinjaman pendidikan yang dibayar dan tarikh pembayaran pinjaman pendidikan itu.
Syarat kelayakan bagi potongan