Malaysia legislation

Section 5

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI BAYARAN PINJAMAN PENDIDIKAN PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL OLEH MAJIKAN BAGI PIHAK PEKERJA) 2019

Seksyen 5

Potongan yang dibenarkan di bawah Kaedah-Kaedah ini adalah tertakluk kepada syarat yang berikut:

(a)

majikan tidak boleh mengenakan apa-apa bayaran kepada pekerja sebagai balasan kepada bayaran pinjaman pendidikan yang dibuat oleh majikan kepada Perbadanan;

(b)

majikan dan pekerja bukan orang yang sama;

(c)

pekerja itu diambil kerja secara sepenuh masa; dan 4

(d)

pekerja itu bukan saudara-mara majikan itu, iaitu:

(i)

suami atau isteri;

(ii)

ibu atau bapa, termasuk ibu tiri atau bapa tiri, atau ibu mertua atau bapa mertua;

(iii)

anak, termasuk anak tiri atau anak angkat mengikut mana-mana undang-undang;

(iv)

adik-beradik lelaki atau adik-beradik perempuan, atau pasangan, termasuk adik-beradik tiri lelaki atau adik-beradik tiri perempuan; atau

(v)

datuk, nenek atau cucu, termasuk datuk tiri, nenek tiri atau cucu tiri.

Dibuat 18 Julai 2019

[Per CR (8.20) 116/1-138(2019) (SJ.2); LHDN. AY. A. 600 – 12/1/7 (29) – 6;

PN(PU2)80/XCVI]

LIM GUAN ENG

Menteri Kewangan

[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 154(2) Akta Cukai

Pendapatan 1967]

5

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (DEDUCTION FOR PAYMENT OF EDUCATIONAL LOAN OF

PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL BY EMPLOYERS

ON BEHALF OF EMPLOYEES) RULES 2019

Section 5 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI BAYARAN PINJAMAN PENDIDIKAN PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL OLEH MAJIKAN BAGI PIHAK PEKERJA) 2019