Malaysia legislation

Section 3

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI BAYARAN PREMIUM KEPADA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA) 2011

Seksyen 3

(1)

Bagi maksud menentukan pendapatan larasan suatu institusi anggota daripada perniagaannya bagi suatu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, maka hendaklah dibenarkan suatu potongan bagi suatu amaun yang bersamaan dengan

P.U. (A) 379 3

premium pertama atau premium tahunan yang dibayar oleh institusi anggota itu kepada Perbadanan Insurans Deposit Malaysia bagi tahun taksiran itu.

(2)

Bagi maksud subkaedah (1), potongan amaun bagi premium yang dibayar hendaklah sebagaimana ditentukan di bawah—

(a)

seksyen 42, 43 dan 44 Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2005 berkenaan dengan institusi anggota di bawah perenggan 2(a);

atau

(b)

seksyen 47, 48 dan 49 atau seksyen 71, 72 dan 73 Akta Perbadanan

Insurans Deposit Malaysia 2011 berkenaan dengan institusi anggota di bawah perenggan 2(b).

Dibuat 3 November 2011

[LHDN.01/35/(S)/42/51/286-39; Perbend. (8.09)248/40/7-1411(SK.1); PN(PU2)80/LXII]

DATO’ SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH

Menteri Kewangan Kedua

[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 154(2) Akta Cukai Pendapatan 1967]

P.U. (A) 379 4

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (DEDUCTION FOR PAYMENT OF PREMIUM TO MALAYSIA DEPOSIT

INSURANCE CORPORATION) RULES 2011