Malaysia legislation

Section 3

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI BAYARAN PREMIUM KEPADA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA) 2013

Seksyen 3

Potongan

(1)

Bagi maksud menentukan pendapatan larasan suatu institusi anggota daripada perniagaannya bagi suatu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, maka hendaklah dibenarkan suatu potongan bagi suatu amaun yang bersamaan dengan premium pertama atau premium tahunan yang dibayar oleh institusi anggota itu kepada Perbadanan Insurans Deposit Malaysia bagi tahun taksiran itu.

3

(2)

Bagi maksud subkaedah (1), potongan amaun bagi bayaran premium yang dibayar adalah sebagaimana yang ditentukan di bawah—

(a)

seksyen 42, 43 dan 44 Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2005 [Akta 642] berkenaan dengan institusi anggota di bawah perenggan 36(1)(a) Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011; atau

(b)

seksyen 47, 48 dan 49 atau seksyen 71, 72 dan 73 Akta Perbadanan

Insurans Deposit Malaysia 2011 berkenaan dengan institusi anggota di bawah subseksyen 36(1) dan (2) Akta Perbadanan Insurans

Deposit Malaysia 2011.

Pembatalan

Section 3 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI BAYARAN PREMIUM KEPADA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA) 2013