Malaysia legislation
Section 2
of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI BAYARAN SEWA) (KENDERAAN MOTOR ELEKTRIK) 2026
Seksyen 2
(1)
Bagi maksud menentukan pendapatan larasan suatu syarikat daripada perniagaannya dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu potongan hendaklah dibenarkan bagi suatu amaun perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat itu berhubung dengan sewaan kenderaan motor elektrik dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu.
(2)
Perbelanjaan yang dilakukan oleh suatu syarikat berhubung dengan sewaan kenderaan motor elektrik termasuk—
(a)
bayaran sewaan bagi kenderaan motor elektrik; dan
(b)
bayaran insurans dan fi pemprosesan yang berhubungan dengan proses sewaan kenderaan motor elektrik itu.
(3)
Amaun maksimum yang dibenarkan di bawah subkaedah (1) dalam suatu tahun taksiran dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya tidak boleh secara agregat melebihi tiga ratus ribu ringgit.
3
(4)
Jika jumlah amaun yang boleh dibenarkan sebagai potongan di bawah
Kaedah-Kaedah ini melebihi amaun yang pada pendapat Ketua Pengarah boleh dijangkakan dengan munasabahnya dilakukan dalam perjalanan biasa perniagaan,
Ketua Pengarah boleh, setakat lebihan itu, tidak membenarkan amaun itu sebagai potongan di bawah Kaedah-Kaedah ini.
(5)
Jika syarikat itu telah membuat tuntutan bagi suatu potongan berhubung dengan amaun perbelanjaan yang dilakukan di bawah subkaedah (1), tiada tuntutan boleh dibuat bagi suatu potongan berhubung dengan perbelanjaan yang dilakukan di bawah perenggan 39(1)(k) atau Jadual 3 kepada Akta.
(6)
Bagi maksud kaedah ini—
“kenderaan motor elektrik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Pengangkutan Jalan 1997 [Akta 333] dan kenderaan motor elektrik itu—
(a)
ialah kenderaan motor elektrik yang baharu;
(b)
belum pernah digunakan oleh mana-mana orang bagi apa-apa tujuan sebelum sewaan kepada syarikat; dan
(c)
tidak dilesenkan oleh pihak berkuasa yang berkaitan bagi maksud mengangkat barang atau penumpang secara komersial;
“syarikat”
ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah
Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dan bermastautin di Malaysia.
Dibuat 11 Jun 2026
[MOF.TAX(S)700-2/7/1294; LHDN.AY.A 600-12/1/7(29)-396; PN(PU2)80/JLD.116]
DATUK SERI AMIR HAMZAH AZIZAN
Menteri Kewangan II
[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 154(2) Akta Cukai Pendapatan 1967]
4
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (DEDUCTION FOR RENTAL PAYMENTS)
(ELECTRIC MOTOR VEHICLES) RULES 2026