Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI BAYARAN SEWA) (SYARIKAT BERSTATUS TUN RAZAK EXCHANGE MARQUEE ) 2013

Seksyen 2

(1)

Dalam Kaedah-Kaedah ini—

“bangunan komersil” ertinya sebuah bangunan atau sebahagian daripada bangunan yang terletak di dalam Tun Razak Exchange tetapi tidak termasuk bangunan atau sebahagian daripada bangunan yang digunakan bagi maksud tempat penginapan.

“syarikat berstatus Tun Razak Exchange Marquee” ertinya—

(a)

institusi berlesen di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989

[Akta 372] yang menjalankan perniagaan bank atau perniagaan bank saudagar atau syarikat berkaitan dalam kumpulan yang sama;

(b)

syarikat yang dilesenkan di bawah Akta Insurans 1996 [Akta 553]

yang menjalankan perniagaan insurans atau syarikat berkaitan dalam kumpulan yang sama;

P.U. (A) 31 3

(c)

syarikat yang dilesenkan di bawah Akta Bank Islam 1983 [Akta 276]

yang menjalankan perniagaan perbankan Islam atau syarikat berkaitan dalam kumpulan yang sama;

(d)

syarikat yang didaftarkan di bawah Akta Takaful 1984 [Akta 312]

yang menjalankan perniagaan takaful atau syarikat berkaitan dalam kumpulan yang sama;

(e)

syarikat yang merupakan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran

Modal di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007

[Akta 671];

(f)

seorang, selain daripada individu, yang merupakan orang berdaftar di bawah seksyen 76 atau 76A Akta Pasaran Modal dan

Perkhidmatan 2007; dan diluluskan oleh Menteri;

Tun Razak Exchange

Section 2 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI BAYARAN SEWA) (SYARIKAT BERSTATUS TUN RAZAK EXCHANGE MARQUEE ) 2013