Malaysia legislation

Section 4

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI BAYARAN SEWA) (SYARIKAT BERSTATUS TUN RAZAK EXCHANGE MARQUEE ) 2013

Seksyen 4

Potongan

(1)

Tertakluk kepada subperenggan (2) dan (3), dalam menentukan pendapatan larasan syarikat berstatus Tun Razak Exchange Marquee daripada perniagaannya dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, maka hendaklah

P.U. (A) 31 4

dibenarkan potongan suatu amaun yang sama dengan satu perdua bayaran sewa yang telah dilakukan oleh syarikat berstatus Tun Razak Exchange Marquee berkenaan dengan penyewaan bangunan komersil yang digunakan bagi maksud perniagaannya di Tun

Razak Exchange.

(2)

Potongan di bawah Kaedah-Kaedah ini adalah sebagai tambahan kepada apa-apa potongan yang dibenarkan di bawah subseksyen 33(1) Akta.

(3)

Potongan di bawah Kaedah-Kaedah ini hendaklah diberi bagi tempoh sepuluh tahun dari tarikh syarikat berstatus Tun Razak Exchange Marquee mula menjalankan semua atau sebahagian daripada perniagaannya di Tun Razak Exchange.

Ketidakpakaian

Section 4 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI BAYARAN SEWA) (SYARIKAT BERSTATUS TUN RAZAK EXCHANGE MARQUEE ) 2013