Malaysia legislation

Section 3

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI BELANJA PRA-PERMULAAN BERHUBUNG DENGAN PEMBANGUNAN INTEGRASI KILANG PENAPISAN MINYAK DAN PETROKIMIA) 2013

Seksyen 3

(1)

Tertakluk kepada subkaedah (2), dalam menentukan pendapatan larasan bagi orang yang layak daripada aktiviti yang layaknya dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, maka hendaklah dibenarkan sebagai potongan belanja yang dilakukan oleh orang itu sebelum permulaan aktiviti yang layak itu.

(2)

Perbelanjaan yang disebut dalam subkaedah (1) sebagaimana yang diterangkan dalam Jadual hendaklah dilakukan dalam tempoh empat tahun sebelum tarikh permulaan aktiviti yang layak dan tarikh itu hendaklah tidak awal dari 1 Oktober 2010.

(3)

Perbelanjaan yang dilakukan di bawah Kaedah ini berhubung dengan aktiviti yang layak sebelum bermula aktiviti yang layak itu hendaklah disifatkan dilakukan pada hari aktiviti tersebut bermula.

Section 3 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI BELANJA PRA-PERMULAAN BERHUBUNG DENGAN PEMBANGUNAN INTEGRASI KILANG PENAPISAN MINYAK DAN PETROKIMIA) 2013