Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Potongan
P.U. (A) 383 4
(Dibuat di bawah perenggan 154(1)(b))
(Disemak—2025)
Nama dan permulaan kuat kuasa 1.
(1)
Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan
Kaedah-Kaedah
Cukai
Pendapatan (Potongan bagi Caj Tambang Muatan dari Sabah atau Sarawak ke
Semenanjung Malaysia) 2000.
(2)
Kaedah-Kaedah ini hendaklah berkuat kuasa bagi tahun taksiran 2000
berkenaan dengan tempoh asas yang berakhir pada tahun 2000 dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya.
Tafsiran 2.
Dalam Kaedah-Kaedah ini, “caj tambang muatan” ertinya caj tambang muatan kapal yang dilakukan oleh pengilang bagi penghantaran barangan yang dikilangnya dari Sabah atau Sarawak ke mana-mana pelabuhan di Semenanjung Malaysia.
Potongan 3.
(1)
Bagi maksud menentukan pendapatan larasan seseorang daripada perniagaannya bagi tempoh asas bagi sesuatu tahun taksiran, hendaklah dibenarkan suatu potongan lanjutan yang bersamaan dengan amaun apa-apa caj tambang muatan yang dilakukan dalam tempoh asas itu.
(2)
Potongan lanjutan yang dibenarkan di bawah subkaedah (1) adalah sebagai tambahan kepada apa-apa potongan yang dibenarkan di bawah seksyen 33 Akta.
P.U. (A) 383 5
(Dibuat di bawah perenggan 154(1)(b))
(Disemak—2025)
Butir-butir di bawah perenggan 7(ii) dan (iii)
Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1]
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Nama
Berkuat kuasa dari-TIADA-
_____________
SENARAI UNDANG-UNDANG ATAU BAHAGIANNYA YANG DIGANTI
No.
Tajuk