Skip to content

Seksyen 3

Dalam Kaedah-Kaedah ini—

of Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Kos Latihan di Bawah Sistem Latihan Dual Nasional (Sldn)) 2021

P.U. (A)In forceProvision 3 of 5
Seksyen 3

“perantis” ertinya seorang warganegara Malaysia dan pemastautin di Malaysia yang berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran bagi menjalani suatu program yang layak, yang merupakan—

(a)

seorang pekerja syarikat yang layak; atau

(b)

seorang lepasan sekolah;

3

“program yang layak” ertinya suatu program yang—

(a)

mematuhi Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS);

(b)

ditauliah oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran;

(c)

diperakukan sebagai

Program

Sistem

Latihan

Dual

Nasional

(SLDN)-Industry4WRD; dan

(d)

menggunakan dua modul pengajaran iaitu:

(i)

latihan amali di syarikat yang merangkumi 70% hingga 80%

latihan (prestasi); dan

(ii)

latihan teori di pusat latihan yang merangkumi 20% hingga 30%

latihan (pengetahuan);

“syarikat yang layak” ertinya suatu syarikat—

(a)

yang diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 2016

[Akta 777];

(b)

yang ditauliah sebagai Pusat Bertauliah oleh Jabatan Pembangunan

Kemahiran untuk melaksanakan Program SLDN;

(c)

menjalankan Program SLDN berdasarkan NOSS; dan

(d)

mengambil bahagian dalam Program SLDN.