Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(1)
Bagi maksud menentukan pendapatan larasan bagi suatu syarikat yang layak daripada perniagaannya dalam suatu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu potongan hendaklah dibenarkan bagi suatu amaun perbelanjaan yang dilakukan
4
dan dibayar oleh syarikat yang layak itu dalam tempoh asas itu bagi mengambil bahagian dalam program yang layak itu.
(2)
Jumlah amaun potongan yang dibenarkan di bawah subkaedah (1)
hendaklah bersamaan dengan dua kali amaun perbelanjaan yang dibenarkan iaitu—
(a)
elaun latihan bulanan yang tidak kurang daripada tiga ratus ringgit yang dibayar kepada perantis;
(b)
perbelanjaan yang dilakukan bagi penyediaan program yang layak itu kepada perantis;
(c)
perbelanjaan yang dilakukan bagi elaun makanan, perjalanan dan tempat tinggal perantis semasa menjalani program yang layak itu;
dan
(d)
perbelanjaan yang dilakukan bagi insurans yang disediakan kepada perantis.
(3)
Jumlah amaun potongan yang boleh dibenarkan di bawah perenggan (2)(b) dan (c) bagi setiap perantis hendaklah tidak melebihi lima ribu ringgit bagi setiap tahun taksiran.
Ketidakpakaian