Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI KOS PELAKSANAAN PENGATURAN KERJA FLEKSIBEL) 2026

Seksyen 2

(1)

Bagi maksud menentukan pendapatan larasan seorang majikan daripada perniagaannya dalam suatu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu potongan hendaklah dibenarkan yang bersamaan dengan lima puluh peratus daripada perbelanjaan yang dilakukan oleh majikan itu dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu bagi pelaksanaan pengaturan kerja fleksibel berhubung dengan—

(a)

kos pembangunan kapasiti termasuklah kos latihan kepada pekerja;

dan

(b)

kos bagi perolehan perisian.

(2)

Bagi maksud subkaedah (1)—

(a)

pelaksanaan pengaturan kerja fleksibel oleh majikan itu hendaklah ditentusahkan oleh Talent Corporation Malaysia Berhad; dan

P.U. (A) 225 3

(b)

permohonan oleh majikan itu bagi pelaksanaan pengaturan kerja fleksibel diterima oleh Talent Corporation Malaysia Berhad pada atau selepas 1 Januari 2025 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2027.

(3)

Kos pembangunan kapasiti bagi pelaksanaan pengaturan kerja fleksibel yang disebut dalam perenggan (1)(a) ertinya—

(a)

fi bagi kursus atau program latihan;

(b)

fi bagi jurulatih dalaman;

(c)

kos bagi bahan latihan;

(d)

kos bagi penyewaan ruang latihan;

(e)

fi bagi peperiksaan; dan

(f)

perbelanjaan perjalanan berhubung dengan latihan yang dilakukan oleh pekerja dan jurulatih seperti yang berikut:

(i)

kos bagi pengangkutan yang amaunnya adalah—

(A)

berhubung dengan perjalanan dari luar Malaysia ke

Malaysia atau dari Malaysia ke luar Malaysia, bersamaan dengan tambang penerbangan kelas ekonomi; atau

(B)

berhubung dengan perjalanan dalam

Malaysia, bersamaan dengan tambang penerbangan kelas ekonomi sekiranya perjalanan menggunakan pengangkutan udara atau kos sebenar yang dilakukan sekiranya perjalanan menggunakan pengangkutan darat atau air;

P.U. (A) 225 4

(ii)

kos bagi penginapan tidak melebihi tiga ratus ringgit sehari;

dan

(iii)

perbelanjaan yang dilakukan bagi makanan tidak melebihi satu ratus lima puluh ringgit sehari.

(4)

Perbelanjaan yang disebut dalam subkaedah (1) hendaklah ditentusahkan oleh Talent Corporation Malaysia Berhad dan jumlah amaun perbelanjaan yang dibenarkan tidak boleh melebihi lima ratus ribu ringgit dan hanya dibenarkan sekali sahaja di bawah Kaedah-Kaedah ini.

(5)

Jika jumlah amaun apa-apa perbelanjaan yang sepatutnya boleh dibenarkan sebagai potongan di bawah Kaedah-Kaedah ini melebihi amaun yang pada pendapat

Ketua Pengarah boleh dijangkakan dengan semunasabahnya dilakukan dalam perjalanan biasa perniagaan, Ketua Pengarah boleh, setakat amaun yang berlebihan itu, tidak membenarkan amaun itu sebagai potongan di bawah Kaedah-Kaedah ini.

(6)

Amaun potongan yang dibenarkan di bawah Kaedah-Kaedah ini hendaklah sebagai tambahan kepada apa-apa potongan di bawah seksyen 33 Akta.

(7)

Bagi maksud kaedah ini—

“pengaturan kerja fleksibel” ertinya pengaturan fleksibel bagi—

(a)

tempat bekerja;

(b)

penjadualan waktu kerja; atau

(c)

bilangan jam bekerja;

“Talent Corporation Malaysia Berhad” ertinya suatu syarikat berhad menurut jaminan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777].

P.U. (A) 225 5

Ketidakpakaian

Section 2 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI KOS PELAKSANAAN PENGATURAN KERJA FLEKSIBEL) 2026