Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI KOS YANG BERHUBUNGAN DENGAN LATIHAN UNTUK PEKERJA BAGI PELAKSANAAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN) 2014

Seksyen 2

(1)

Dalam menentukan pendapatan larasan bagi orang yang layak daripada perniagaannya dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu potongan hendaklah dibenarkan bagi perbelanjaan yang dilakukan oleh orang yang layak itu dalam melatih pekerjanya di bawah program latihan perakaunan atau teknologi maklumat dan komunikasi yang dijalankan di Malaysia bagi maksud pelaksanaan Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 sebagaimana yang disahkan oleh Ketua Pengarah Kastam dan

Eksais.

(2)

Orang yang layak yang disebut dalam subkaedah (1) ialah seseorang yang merupakan—

(a)

pemastautin di Malaysia; dan 3

(b)

orang berdaftar atau orang kena cukai sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014

[Akta 762].

(3)

Pekerja yang disebut dalam subkaedah (1) ialah seorang pekerja yang merupakan—

(a)

seorang warganegara Malaysia; dan

(b)

seorang pekerja sepenuh masa orang yang layak.

(4)

Potongan yang dibenarkan di bawah subkaedah (1) adalah tambahan kepada suatu potongan yang dibenarkan di bawah seksyen 33 Akta.

Ketidakpakaian

Section 2 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI KOS YANG BERHUBUNGAN DENGAN LATIHAN UNTUK PEKERJA BAGI PELAKSANAAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN) 2014