Malaysia legislation

Section 4

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PELABURAN DALAM AKTIVITI YANG LAYAK) 2016

Seksyen 4

Pelaburan yang disebut dalam Kaedah-Kaedah ini ialah pelaburan yang dibuat—

(a)

dalam bentuk—

(i)

sumbangan wang tunai yang syarikat berkaitan tidak mempunyai tanggungan untuk membayar balik; atau

(ii)

modal berbayar berkenaan dengan saham biasa dalam syarikat berkaitan;

(b)

bagi maksud semata-mata untuk membiayai suatu aktiviti yang layak;

(c)

bagi suatu tempoh dan sehingga suatu amaun sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri; dan

P.U. (A) 166 4

(d)

dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang sama dengan tahun taksiran yang syarikat berkaitan telah melakukan perbelanjaan dalam menjalankan aktiviti yang layak.

Syarikat berkaitan

Section 4 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PELABURAN DALAM AKTIVITI YANG LAYAK) 2016