Malaysia legislation
Section 6
of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PELABURAN DALAM AKTIVITI YANG LAYAK) 2016
Seksyen 6
(1)
Tertakluk kepada kaedah 7, bagi maksud menentukan pendapatan larasan orang yang layak daripada perniagaannya dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu potongan hendaklah dibenarkan bagi nilai pelaburan yang dibuat oleh orang yang layak itu dalam tempoh asas itu yang bersamaan dengan amaun yang dilakukan oleh syarikat berkaitan dalam tempoh asas itu berhubung dengan aktiviti yang layak yang berkenaan dengannya pelaburan dibuat.
(2)
Permohonan untuk potongan di bawah subkaedah (1) hendaklah dibuat oleh orang yang layak kepada Menteri melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi
Pantai Timur pada atau selepas 13 Jun 2008 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2020 dan hendaklah dikemukakan serentak dengan permohonan oleh syarikat berkaitan bagi aktiviti yang layak itu diberikan pengecualian di bawah perintah yang disebut dalam perenggan 2(c).
(3)
Bagi maksud subkaedah (2), “Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi
Pantai Timur” ertinya suatu majlis yang ditubuhkan di bawah Akta Majlis
Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 2008 [Akta 688].
P.U. (A) 166 5
Penarikan balik potongan