Malaysia legislation

Section 7

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PELABURAN DALAM AKTIVITI YANG LAYAK) 2016

Seksyen 7

(1)

Potongan yang dibenarkan di bawah subkaedah 6(1) kepada orang yang layak yang membuat suatu pelaburan dalam bentuk modal berbayar berkenaan dengan saham biasa dalam syarikat berkaitan hendaklah ditarik balik jika orang yang layak itu—

(a)

melupuskan modal berbayar berkenaan dengan saham biasa itu dalam tempoh lima tahun dari tarikh pelaburan terakhir dibuat;

dan

(b)

menerima apa-apa balasan bagi pelupusan itu.

(2)

Penarikan balik potongan di bawah subkaedah (1) hendaklah dibuat dengan menambah nilai balasan yang diterima dalam menentukan pendapatan larasan orang yang layak itu bagi tahun taksiran dalam tempoh asas yang balasan itu diterima.

(3)

Nilai balasan yang ditambah menurut subkaedah (2) tidak boleh melebihi jumlah keseluruhan potongan yang dibenarkan berhubung dengan pelaburan itu.

Pemberhentian potongan

Section 7 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PELABURAN DALAM AKTIVITI YANG LAYAK) 2016