Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PELABURAN DALAM PROJEK BAHARU PENGELUARAN BAHAN MAKANAN YANG DILULUSKAN) 2022

Seksyen 2

Bagi maksud Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“pelaburan” ertinya suatu pelaburan dalam bentuk wang tunai atau pegangan modal syer berbayar berkenaan dengan saham biasa dalam suatu syarikat berkaitan;

“projek baharu pengeluaran bahan makanan yang diluluskan” ertinya suatu projek yang disifatkan sebagai suatu perniagaan berasingan dan tersendiri yang berhubungan dengan—

(a)

penanaman tanaman industri, sayur-sayuran, buah-buahan, herba, rempah atau tanaman kontan;

(b)

akuakultur;

(c)

penternakan lebah madu atau kelulut;

P.U. (A) 351 3

(d)

penternakan lembu, kerbau, kambing, biri-biri atau rusa;

(e)

perikanan laut dalam atau perikanan laut lepas;

(f)

penanaman biji benih untuk agro makanan; atau

(g)

penanaman makanan ternakan yang diusahakan dalam suatu projek yang dikenal pasti oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi projek itu dan diluluskan oleh Menteri;

“syarikat berkaitan” ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah

Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang sekurang-kurangnya tujuh puluh peratus daripada modal syer berbayarnya berkenaan dengan saham biasa adalah dimiliki terus oleh suatu syarikat yang membuat pelaburan bagi maksud suatu projek baharu pengeluaran bahan makanan yang diluluskan.

Pemakaian

Section 2 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PELABURAN DALAM PROJEK BAHARU PENGELUARAN BAHAN MAKANAN YANG DILULUSKAN) 2022