Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Potongan
(1)
Tertakluk kepada Kaedah-Kaedah ini, bagi maksud menentukan pendapatan larasan bagi suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan bermastautin di Malaysia daripada perniagaannya, suatu potongan hendaklah dibenarkan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran suatu amaun bersamaan dengan nilai pelaburan yang dibuat semata-mata bagi maksud membiayai suatu projek pengkomersialan dapatan penyelidikan dan kemajuan dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu dalam suatu syarikat berkaitan.
(2)
Nilai pelaburan yang disebut dalam subkaedah (1) yang dituntut sebagai suatu potongan−
(a)
hendaklah bersamaan dengan perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat berkaitan itu dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran yang sama bagi operasi aktiviti pengkomersialannya dan aset yang digunakan bagi aktiviti itu; dan
(b)
tidak boleh dilupuskan dalam tempoh lima tahun dari tarikh terakhir pelaburan dibuat jika pelaburan itu adalah dalam bentuk pegangan modal syer berbayar berkenaan dengan syer biasa.
(3)
Tertakluk kepada subkaedah (4) dan (5), jika suatu syarikat telah membuat suatu pelaburan dalam bentuk pegangan modal syer berbayar berkenaan dengan syer biasa dan menuntut suatu potongan berkenaan dengan pelaburan itu di bawah subkaedah (1) menerima suatu amaun sebagai balasan bagi pelupusan saham itu, amaun yang diterima oleh syarikat itu hendaklah ditambah dalam menentukan pendapatan larasannya bagi tahun taksiran dalam tempoh asas yang amaun itu diterima.
P.U. (A) 51 4
(4)
Amaun yang disebut dalam subkaedah (3) tidak boleh melebihi jumlah keseluruhan potongan yang dibenarkan berhubung dengan pelaburan itu.
(5)
Subkaedah (3) tidak terpakai jika pelupusan saham yang disebut dalam subkaedah (3) berlaku selepas lima tahun dari tarikh pelaburan terakhir dalam bentuk modal syer berbayar berkenaan dengan syer biasa yang dibuat dalam syarikat berkaitan.
Syarat bagi potongan