Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PEMBAYARAN ELAUN PENJAGAAN IBU BAPA, DATUK DAN NENEK) 2026

Seksyen 2

(1)

Bagi maksud menentukan pendapatan larasan seseorang majikan yang bermastautin di Malaysia daripada perniagaannya dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu potongan hendaklah dibenarkan bagi apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh majikan itu kepada pekerjanya berhubung dengan elaun penjagaan bagi ibu bapa, ibu bapa angkat atau datuk dan nenek.

(2)

Bagi maksud subkaedah (1), jika dua tempoh asas bertindih, tempoh biasa untuk kedua-dua tempoh itu hendaklah disifatkan termasuk dalam tempoh asas pertama sahaja.

(3)

Jika jumlah amaun apa-apa perbelanjaan yang boleh dibenarkan sebagai potongan di bawah Kaedah-Kaedah ini melebihi amaun yang pada pendapat

Ketua Pengarah boleh dijangkakan dengan munasabahnya akan ditanggung dalam perjalanan biasa perniagaan,

Ketua

Pengarah boleh, setakat lebihan itu, tidak membenarkan amaun itu sebagai potongan di bawah Kaedah-Kaedah ini.

P.U. (A) 231 3

(4)

Amaun potongan yang dibenarkan di bawah Kaedah-Kaedah ini hendaklah sebagai tambahan kepada apa-apa potongan di bawah seksyen 33 Akta.

Dibuat 18 Jun 2026

[Ruj: MOF.TAX(S)700-2/7/2215; LHDN.AY.A 600-12/1/7(29)-394; PN(PU2)80/JLD.116]

DATUK SERI AMIR HAMZAH AZIZAN

Menteri Kewangan II

[Akan dibentangkan di

Dewan

Rakyat menurut subseksyen 154(2)

Akta Cukai Pendapatan 1967]

P.U. (A) 231 4

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (DEDUCTION FOR PAYMENT OF CARE ALLOWANCE OF PARENTS

AND GRANDPARENTS) RULES 2026

Section 2 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PEMBAYARAN ELAUN PENJAGAAN IBU BAPA, DATUK DAN NENEK) 2026