Malaysia legislation
Section 4
of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PENAJAAN ACARA TERSOHOR) 2016
Seksyen 4
(1)
Bagi maksud menentukan pendapatan larasan orang yang layak daripada perniagaannya dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu potongan hendaklah dibenarkan bagi suatu amaun yang bersamaan dengan apa-apa sumbangan wang tunai atau sumbangan berbentuk barangan yang dibuat oleh orang yang layak itu berhubung dengan suatu acara tersohor.
(2)
Permohonan untuk potongan di bawah subkaedah (1) hendaklah dibuat oleh orang yang layak kepada Menteri melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi
Pantai Timur pada atau selepas 13 Jun 2008 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2020 dan orang yang layak itu hendaklah mengemukakan surat daripada
Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur yang mengesahkan—
(a)
bahawa acara itu ialah acara tersohor;
(b)
tarikh acara tersohor itu;
(c)
penganjur acara tersohor itu; dan
(d)
amaun sumbangan wang tunai atau sumbangan berbentuk barangan yang dibuat berhubung dengan acara tersohor itu.
(3)
Nilai bagi sumbangan berbentuk barangan yang disebut dalam perenggan (2)(d) hendaklah ditentukan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi
Pantai Timur.
P.U. (A) 165 4
(4)
Jika suatu potongan berkenaan dengan sumbangan wang tunai atau sumbangan berbentuk barangan telah dibenarkan di bawah Kaedah-Kaedah ini, tiada potongan lain boleh dibenarkan berkenaan dengan sumbangan itu di bawah mana-mana peruntukan Akta.
(5)
Jumlah amaun potongan yang dibenarkan di bawah subkaedah (1) bagi penajaan satu atau lebih acara tersohor hendaklah suatu amaun yang tidak melebihi satu juta ringgit bagi setiap tahun taksiran.
(6)
Bagi maksud kaedah ini, “Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai
Timur” ertinya majlis yang ditubuhkan di bawah Akta Majlis Pembangunan Wilayah
Ekonomi Pantai Timur 2008.
Dibuat 8 Jun 2016
[Perb. 0.3865/73 (SJ.107)(SK.4); LHDN 01/35/(S)/42/51/82-84; PN(PU2)80/LXXXII]
DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan Kedua
[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 154(2) Akta Cukai
Pendapatan 1967]
P.U. (A) 165 5
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (DEDUCTION FOR THE SPONSORSHIP OF HALLMARK EVENT) RULES 2016