Malaysia legislation

Section 4

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PENAJAAN BIASISWA KEPADA PELAJAR DI INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI) 2012

Seksyen 4

(1)

Bagi maksud menentukan pendapatan larasan bagi suatu syarikat daripada perniagaannya dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu potongan hendaklah dibenarkan bagi suatu amaun perbelanjaan yang diperihalkan dalam subkaedah (2) yang dilakukan dan dibayar oleh syarikat itu dalam tempoh asas itu bagi menaja biasiswa kepada pelajar.

(2)

Perbelanjaan yang disebut dalam subkaedah (1) ialah perbelanjaan yang dilakukan berkenaan dengan penajaan biasiswa yang terdiri daripada—

(a)

bayaran yang dikehendaki oleh institusi pendidikan tinggi yang berhubungan dengan kursus pengajian; dan

(b)

perbelanjaan bantuan pengajian dan kos sara hidup yang munasabah sepanjang tempoh pengajian pelajar itu di institusi pendidikan tinggi.

(3)

Jumlah amaun potongan yang dibenarkan di bawah subkaedah (1)

hendaklah bersamaan dua kali amaun perbelanjaan yang dibenarkan di bawah kaedah ini .

4

(4)

Jika jumlah amaun apa-apa perbelanjaan yang boleh dibenarkan sebagai potongan di bawah kaedah ini melebihi amaun yang pada pendapat Ketua Pengarah

Hasil Dalam Negeri boleh dijangkakan dengan munasabahnya dilakukan dalam perjalanan biasa perniagaan itu, Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri boleh, setakat yang berlebihan itu tidak membenarkan amaun itu, sebagai potongan di bawah kaedah ini.

(5)

Bagi maksud subkaedah (1), jika dua tempoh asas bertindih, tempoh yang sama dalam kedua-dua tempoh itu hendaklah disifatkan sebagai termasuk dalam tempoh asas yang pertama sahaja.

(6)

Jika suatu potongan telah dibuat di bawah subkaedah (3), dalam menentukan pendapatan larasan syarikat itu, apa-apa jumlah yang dibayar balik oleh pelajar kepada syarikat hendaklah semasa diterima dikira sebagai pendapatan kasar daripada perniagaan syarikat yang berpunca dari Malaysia bagi tempoh asas tahun taksiran itu.

Ketidakpakaian

Section 4 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PENAJAAN BIASISWA KEPADA PELAJAR DI INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI) 2012